Tuesday, January 31, 2017
Dayang Sarawak Corner - Menu Sarawak Best Di Sungai Besi
Makanan Sarawak di Dayang Sarawak Corner
Assalamualaikom dan selamat sejahtera..
Hari ni Rabu, 1 Februari 2017 kami di Putrajaya cuti umum sempena Hari Wilayah.
Cepat benar rasanya masa berlalu, pejam celik pejam celik dah masuk bulan kedua tahun 2017.. dah 31 hari berlalu bagi tahun baru ini..
Jadi pagi ni terfikir nak bawa anak2 jalan dan makan2 kat mana tengahari ni.. kesian juga depa asik terperap kat rumah time cuti ni. Nak berjalan jauh, saya sendiri tak dapat bercuti dan kurang rajin menempuh kesesakan jalanraya. In shaa Allah, umo panjang cuti sekolah bulan 3 kita jalan-jalan ye anak2 ;)
Dapat idea, apa kata pi pekena mi kolok best kat Sungai Besi. Tanpa berlengah saya ajak wife dan anak2 bersiap, terus kami gerak ke Sg Besi, menuju Dayang Sarawak Corner.
Kat Mana Dayang Sarawak Corner ni?
Jika datang pekan Sg Besi, jumpa stesen LRT Sg Besi, tengok seberang stesen lrt akan nampak parking bertingkat (tinggi dan besar). Ha.. kedai makan ni terletak di ground floor parking bertingkat ni. Boleh masuk melalui jalan di depan Balai Polis Sg Besi tu atau melalui lot kedai baru di belakang parking bertingkat tu.
Parking bertingkat
Pilihan parking, nak mudah boleh parking di parking bertingkat tu (berbayar - saya pernah masuk dan dikenakan RM3/entry) atau boleh berjalan sedikit dengan letak kereta di kawasan kedai baru di sebelah bangunan parking ni (percuma dan luas)
Sampai saja di meja, sesi memesan makanan pon bermula. Menu pilihan kami ialah mi kolok 4 mangkuk dan untuk saya, saya pesan mi jawa. Namun bukan rezeki saya hari ni, mi jawa tak ada. Terus minta nasi ayam...
Makanan.....
Untuk air, seperti biasa 2 gelas Tea C Peng Special (3 layer tea) untuk saya dan wife dan milo ais untuk anak2.
Minuman...
Kami sekeluarga memang suka makan mi kolok. Cuma saya sendiri, pertengahan tahun 2016 banyak kali saya pergi ke Sarawak dan dalam salah satu trip perlu menginap agak lama di sana, saya kerap sangat makan mi kolok hingga tahap "overload". Jadi hingga sekarang, tekak saya belum dapat terima lagi mi kolok dan juga laksa sarawak.
Tapi tiada masalah, saya masih ada banyak pilihan lain iaitu mi jawa, nasi ayam, sup wantan dan juga nasi kukus. Senarai menu seperti di bawah:
Secara keseluruhan, saya memang amat suka makanan dan minuman kat sini. Rasanya enak dengan portion banyak dan mengenyangkan serta harga amat berpatutan. Dari aspek lain, servisnya baik dan pantas, tuan kedai dan pekerjanya yang ramah dan mesra, suasana selesa dan parking pun agak mudah.
Tengok portion mi dan bahan sampingan.. banyak dan menyelerakan kan....
Cuma kebiasaannya, bila kami pergi pada hujung minggu, agak ramai pelanggan tapi jangan risau, meja banyak dan servis tetap pantas. Thumb up!
p/s:
selain Dayang Sarawak Corner, kedai makanan Sarawak lain (halal) yang saya tahu di Lembah Klang ialah Dapur Sarawak milik pelakon kacak Mahmud Ali Bashah di sebelah Hosp. Tawakkal Jln Pahang. Saya x pernah dine in, cuma tapow makanan di sini. Makanan di sini pun sangat sedap.

Resepi Ayam Golek Best... Terangkat!!!
Ayam Golek Best.. Testing Projek Nak Bulan Puasa Tak Lama Lagi
Ramadhan tahun lalu, harga ayam golek di pasar Ramadhan (param) sekitar Putrajaya adalah kira2 RM20/ekor.
Harga yang agak "lumayan" tu satu faktor, faktor kedua yg buatkan saya sedikit bermasalah dgn ayam golek yang dijual di gerai/kedai ini ialah setnya tak lengkap dan banyak kurang pada selera dan lidah saya. Bila ayam ok, sosnya pula hancus.. contohnye kita hanya diberi sos cili cair.. bila sos agak ok, ayam pula tak sedap..
(Bab ni saya terpaksa mengaku, saya seorang yang amat cerewet bab makan.. #jangankecamsaya. hihi)
Jadi, seminggu dua ni saya dan isteri gigih "menjalankan kajian" mencari dan mengolah resepi ayam golek dari open source dan juga pengalaman sendiri dalam dunia masakan ni (kikiki).
Jadi inilah dikongsi serba sedikit resepi ayam golek kami. Sedap nih, buleh buat bisnes param tahun 2017 nih. Tapi maaf, gambar ayam golek in shaa Allah akan saya up date kemudian sbb asik terlupa nak ambil gambar sebelum ni.
Bahan-bahan
A
1) seekor ayam saiz sedang - dibersihkan dalaman, buang kaki..
2) 2 ulas bawang besar
3) 6 ulas bawang putih
4) 2 sudu besar madu
5) 1 kiub ayam
6) 2 sudu sos lada hitam * (rujuk B)
7) 2 sudu makan gula
8) 1 sudu teh garam
9) 2 sudu herba campuran
10) 1 1/2 inci halia muda
Cara-cara
1) Kisar bahan 2 - 10 hingga lumat. Lumurkan bahan kisar di seluruh dan dalaman ayam. Perap 3-5 jam biar rempah mesra kepada ayam.
2) sapu sikit mentega pd ayam dan bakar selama 1 jam setengah atau hingga ayam masak. Jgn lupa pusingkan ayam selepas sejam membakar spy ayam masak rata.
B (sos - ambil sedikit utk bahan perap ayam)
1) 1 labu bawang putih
2) 100 gram lada hitam biji
3) 4 sudu besar sos tiram
4) 2 sudu besar sos cili
5) 2 sudu besar sos tomato
6) 2 helai daun parsley (jika ada)
7) minyak utk menumis
Cara-cara
1) panaskan minyak, tumis bawang putih hingga keperangan, masukkan lada hitam dan goreng sekejap hingga naik bau. Tutup api.
2) Dalam pengisar, masukkan sos tiram, cili dan tomato. Masukkan lada hitam dan bwg putih yg digoreng bersama minyak gorengan. Kisarkan.
3) ambil sedikit sos utk bahan perapan.
4) bakinya dimasak di atas api, dan dimasukkan daun parsley. Sedia utk dimakan.
p/s: utk sos lg enak, campurkan sos B dengan kuah drpd panggangan ayam. Fuh... terangkat!!
Terima kasih.

Saturday, January 28, 2017
Beli Barangan Arab Murah Di Mahnaz Food, Mercu Cita Shah Alam
Assalamualaikom WBT dan selamat sejahtera kepada semua...
Selamat menikmati cuti hujung minggu yg panjang sempena Tahun Baru Cina dan kami kat Wilayah, cuti Hari Wilayah pada Rabu (1 Feb. - tapi saya kena kerja Selasa 31 Jan nanti.. sob sob).
Disebabkan kami takde perancangan gi jalan ke mana-mana, kami sefamili bercadang nak buat projek Ayam Golek Best untuk menu makan malam.
Alkisahnya, godek kabinet dapur tengok stok madu dah abes... salah satu bahan wajib resepi ayam golek ialah madu. Saya lantas ajak isteri pergi ke kedai barangan arab, Mahnaz Food by Mercu Cita kat alamat berikut:
"Jalan TP 7/5,
Taman Perindustrian Sime Uep,
40400 Shah Alam, Selangor"
Disebabkan dah lama (mungkin 3-4 tahun juga) tak ke sana, saya kurang yakin dgn jalan ke sana, terpaksa guna waze tambahan nak cari jalan bebas traffic jam.
Saya bercadang nak beli madu Al-Shifa harganya 1kg RM52. Ok tu agak murah harganya dan berdasarkan info produk, ini madu asli...
Overall, dapat saya nyatakan membeli belah barangan ala arab di sini memang murah dan berbaloi (kerana ia pusat borong dan banyak kedai jual barangan arab memang ambil stok di sini).
Ada banyak produk dari aneka kekacang (walnut, almond, buah tin dll), pelbagai pilihan kurma (dates), rempah ratus, minuman ala arab dan pelbagai minyak zaitun (olive).
Di sini juga menawarkan pelbagai pilihan madu, minyak atar (ini saya plan nak beli tapi terlupa akhirnya.. takde rejeki) dan pelbagai lagi.
Memang saya mencadangkan kedai ini jika anda mencari produk ala arab. Boleh tengok laman web depa kat sini :
http://www.mercucita.com
Selain madu, inilah hasil tangkapan kami semalam.. hehehe
Kita jenguk sikit gambar sekitar kedai ni:

Friday, January 27, 2017
Animasi Didie & Friends... Baik Untuk Anak
Assalamualaikom WBT dan salam sejahtera semua..
Terlebih dahulu saya nak buat sedikit confession...
"Saya memang seorang yang "lampi", pakai antenna tulang ikan, lambat terima siaran..." hahahaha
Ops... sebelum itu, perlu juga saya beritahu saya bukan pelanggan tv berbayar astro.. (kikiki)
Bila terdengar kawan2 pejabat, golongan si bapa bapa ni bercerita pengalaman driving long distance dengan family misalnya bila balik kampung, depa akan pasang YouTube kat handphone bagi anak kecil tonton supaya anak tak bosan dan mula meragam. Kawan2 ni bercerita depa suka pasang kartun Didi & Friends.
Saya terus blur.. tak boleh nak imagine apa itu kartun Didi & Friends.. tak pernah dengar, tak pernah tonton, tak pernah jumpa..
Jadi tanpa berlengah, saya pun terus buka YouTube di komputer.. dan walla.. bila saya tengok sendiri animasi ni, begini ulasan saya.
Memang wajar saya akui, Didi & Friends memang animasi yang sangat baik, menghiburkan dan ceria. Amat baik untuk kita jadikan tontonan anak2 kecil tak kira di rumah, dalam kereta dsb.
Ok kawan2, ini dia 3 klip Didie & Friends saya share dari YouTube.

Hukum Air Liur Basi... Najis Atau Tidak..
Assalamualaikom dan salam sejahtera kpd semua.
Saja nak berkongsi, baru baru ni saya ada sedikit keperluan utk cari info ttg hukum air liur manusia tu najis atau tak.. contohnya bile kene pakaian dan kita bw bersolat.
Yang menariknya, satu ilmu baru saya dapat pula (saya ni jahil bab agama dan hukum2, maka banyak perkara yg mungkin dah ramai tahu, sebaliknya menjadi satu ilmu baru utk saya)....
Ilmu baru yang saya dapat, air liur manusia bukan najis, tapi AIR LIUR BASI yg keluar dari mulut masa kita tidur tu najis. Dan tidak boleh dibawa ke dalam solat.. sebab menurut ustaz, air liur keluar dari kelenjar liur sebaliknya air liur basi adalah air dari perut kita...
Mari kita rujuk rakaman klip soaljawab ulama tersohor tanahair, UAI dari YouTube yg membincangkan isu ni seperti di bawah. Semoga menjadi panduan berguna untuk kita semua.

Warung Kak Lin..Port Lunch Best Dekat Dengan Putrajaya
Makan Best Putrajaya - Sg Merab Warung Kak Lin..
Saya selalu jammed bila pikir kat mana nak lunch setiap hari waktu kerja.. biasanya port biasa saya lunch kat Restoran Perantau je..
Hingga baru2 ni kawan sepejabat bw saya makan kat port baru di Warung Kak Lin di Sg Merab..
Bila sampai je, terkesima sy tengok ramai yg beratur menunggu giliran untuk dilayan. Konsep makan di sini, makcik tuan kedai akan letakkan nasi dan lauk yg kita nak.
Kita hanya sebut nak nasi penuh @ separuh (digalakkan ambil separuh je, sbb kedai ni tak kedekut nasi, nasi penuh mmg penuh pinggan, tak larat nak makan).
Kemudian beritahu kuah (biasa ada 4 option kuah) dan pilih lauk. Saya dah try ayam goreng (panas, juicy, thorbaek!!), sotong goreng tepung dan sayur.
Dan yang paling win... saya minum teh ais. Menurut kawan2, kat sini air yg paling win.. memang teh ais..
Dan total makanan + air.. hanya RM7... Btoi.. saya x tipu...
Dan saya memang sangat rekomen tuan puan sekalian utk cuba makan di sini... dan jgn lupa try teh ais dia.
Kalau tak berapa nak makan nasi campur, ada option lain masakan mi, lontong dan bihun. Buleh rujuk gambar di bawah utk menu mi. (Saya belum cuba menu mi kat sini)
Memang murah harga begini dengan portion dan rasa masakan yang kita dapat. Meh kita share sedikit gambar makanan kat sini....

Kopi Cap Gantang... Jenama Kopi Best Dari Utara
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Untuk coretan pertama di blog ni (baru nak belajar main blog.. tu dia) saya nak share kisah kopi yg saya dok minum tiap pagi..
Menu sarapan saya tiap pagi tak lengkap tanpa secawan kopi kampung Cap Gantang, produk keluaran kampong saya di Kuala Ketil, Kedah. Pergh... bila hirup secawan, memang dah tak pandang kopi ternama lain spt Cik Kerinting ke, Glorian Jins ke dll...
Sedap dibancuh secara "o" ataupun dengan susu pekat. Bila sebut kopi Cap Gantang, kawan2 yg senior selalu pesan, "cicah dengan biskut 4 segi atau ubi kayu, time hujan hujan... mmg layan.."
Kopi warisan cap Gantang ni mmg popular di zon utara terutama di kwsn Kedah. Rasanya ade juga dijual dikedai2 tertentu di Lembah Klang.

Subscribe to:
Posts (Atom)