Tuesday, January 31, 2017

Dayang Sarawak Corner - Menu Sarawak Best Di Sungai Besi

Makanan Sarawak di Dayang Sarawak Corner 

Assalamualaikom dan selamat sejahtera..

Hari ni Rabu, 1 Februari 2017 kami di Putrajaya cuti umum sempena Hari Wilayah.

Cepat benar rasanya masa berlalu, pejam celik pejam celik dah masuk bulan kedua tahun 2017.. dah 31 hari berlalu bagi tahun baru ini..

Jadi pagi ni terfikir nak bawa anak2 jalan dan makan2 kat mana tengahari ni.. kesian juga depa asik terperap kat rumah time cuti ni. Nak berjalan jauh, saya sendiri tak dapat bercuti dan kurang rajin menempuh kesesakan jalanraya. In shaa Allah, umo panjang cuti sekolah bulan 3 kita jalan-jalan ye anak2 ;)

Dapat idea, apa kata pi pekena mi kolok best kat Sungai Besi. Tanpa berlengah saya ajak wife dan anak2 bersiap, terus kami gerak ke Sg Besi, menuju Dayang Sarawak Corner.



Kat Mana Dayang Sarawak Corner ni?

Jika datang pekan Sg Besi, jumpa stesen LRT Sg Besi, tengok seberang stesen lrt akan nampak parking bertingkat (tinggi dan besar). Ha.. kedai makan ni terletak di ground floor parking bertingkat ni. Boleh masuk melalui jalan di depan Balai Polis Sg Besi tu atau melalui lot kedai baru di belakang parking bertingkat tu.

                      Parking bertingkat





Pilihan parking, nak mudah boleh parking di parking bertingkat tu (berbayar - saya pernah masuk dan dikenakan RM3/entry) atau boleh berjalan sedikit dengan letak kereta di kawasan kedai baru di sebelah bangunan parking ni (percuma dan luas)

Sampai saja di meja, sesi memesan makanan pon bermula. Menu pilihan kami ialah mi kolok 4 mangkuk dan untuk saya, saya pesan mi jawa. Namun bukan rezeki saya hari ni, mi jawa tak ada. Terus minta nasi ayam...

                      Makanan.....




Untuk air, seperti biasa 2 gelas Tea C Peng Special (3 layer tea) untuk saya dan wife dan milo ais untuk anak2.

                              Minuman...


Kami sekeluarga memang suka makan mi kolok. Cuma saya sendiri, pertengahan tahun 2016 banyak kali saya pergi ke Sarawak dan dalam salah satu trip perlu menginap agak lama di sana, saya kerap sangat makan mi kolok hingga tahap "overload". Jadi hingga sekarang, tekak saya belum dapat terima lagi mi kolok dan juga laksa sarawak.

Tapi tiada masalah, saya masih ada banyak pilihan lain iaitu mi jawa, nasi ayam, sup wantan dan juga nasi kukus. Senarai menu seperti di bawah:


Secara keseluruhan, saya memang amat suka makanan dan minuman kat sini. Rasanya enak dengan portion banyak dan mengenyangkan serta harga amat berpatutan. Dari aspek lain, servisnya baik dan pantas, tuan kedai dan pekerjanya yang ramah dan mesra, suasana selesa dan parking pun agak mudah.

Tengok portion mi dan bahan sampingan.. banyak dan menyelerakan kan....


Cuma kebiasaannya, bila kami pergi pada hujung minggu, agak ramai pelanggan tapi jangan risau, meja banyak dan servis tetap pantas. Thumb up!

p/s:

selain Dayang Sarawak Corner, kedai makanan Sarawak lain (halal) yang saya tahu di Lembah Klang ialah Dapur Sarawak milik pelakon kacak Mahmud Ali Bashah di  sebelah Hosp. Tawakkal Jln Pahang. Saya x pernah dine in, cuma tapow makanan di sini. Makanan di sini pun sangat sedap.

1 comment:

  1. Hi,

    Kami telah menggunakan review anda di dalam 'posting' social media kami, anda boleh lihatnya di sini >> https://www.instagram.com/p/BcojVJdAix9/

    Dapatkan go2 untuk blog anda!
    Apakah itu go2?

    go2 adalah satu aplikasi komunikasi yang sangat mudah dan pantas. Bina perniagaan dan berkomunikasilah tanpa sempadan!

    Bagaimana untuk dapatkan go2?
    Layari https://shop.ichoose.my/pages/go2 dan nikmati pakej percuma untuk pelanggan terawal!

    ReplyDelete