Ayam Golek Best.. Testing Projek Nak Bulan Puasa Tak Lama Lagi
Ramadhan tahun lalu, harga ayam golek di pasar Ramadhan (param) sekitar Putrajaya adalah kira2 RM20/ekor.
Harga yang agak "lumayan" tu satu faktor, faktor kedua yg buatkan saya sedikit bermasalah dgn ayam golek yang dijual di gerai/kedai ini ialah setnya tak lengkap dan banyak kurang pada selera dan lidah saya. Bila ayam ok, sosnya pula hancus.. contohnye kita hanya diberi sos cili cair.. bila sos agak ok, ayam pula tak sedap..
(Bab ni saya terpaksa mengaku, saya seorang yang amat cerewet bab makan.. #jangankecamsaya. hihi)
Jadi, seminggu dua ni saya dan isteri gigih "menjalankan kajian" mencari dan mengolah resepi ayam golek dari open source dan juga pengalaman sendiri dalam dunia masakan ni (kikiki).
Jadi inilah dikongsi serba sedikit resepi ayam golek kami. Sedap nih, buleh buat bisnes param tahun 2017 nih. Tapi maaf, gambar ayam golek in shaa Allah akan saya up date kemudian sbb asik terlupa nak ambil gambar sebelum ni.
Bahan-bahan
A
1) seekor ayam saiz sedang - dibersihkan dalaman, buang kaki..
2) 2 ulas bawang besar
3) 6 ulas bawang putih
4) 2 sudu besar madu
5) 1 kiub ayam
6) 2 sudu sos lada hitam * (rujuk B)
7) 2 sudu makan gula
8) 1 sudu teh garam
9) 2 sudu herba campuran
10) 1 1/2 inci halia muda
Cara-cara
1) Kisar bahan 2 - 10 hingga lumat. Lumurkan bahan kisar di seluruh dan dalaman ayam. Perap 3-5 jam biar rempah mesra kepada ayam.
2) sapu sikit mentega pd ayam dan bakar selama 1 jam setengah atau hingga ayam masak. Jgn lupa pusingkan ayam selepas sejam membakar spy ayam masak rata.
B (sos - ambil sedikit utk bahan perap ayam)
1) 1 labu bawang putih
2) 100 gram lada hitam biji
3) 4 sudu besar sos tiram
4) 2 sudu besar sos cili
5) 2 sudu besar sos tomato
6) 2 helai daun parsley (jika ada)
7) minyak utk menumis
Cara-cara
1) panaskan minyak, tumis bawang putih hingga keperangan, masukkan lada hitam dan goreng sekejap hingga naik bau. Tutup api.
2) Dalam pengisar, masukkan sos tiram, cili dan tomato. Masukkan lada hitam dan bwg putih yg digoreng bersama minyak gorengan. Kisarkan.
3) ambil sedikit sos utk bahan perapan.
4) bakinya dimasak di atas api, dan dimasukkan daun parsley. Sedia utk dimakan.
p/s: utk sos lg enak, campurkan sos B dengan kuah drpd panggangan ayam. Fuh... terangkat!!
Terima kasih.
Terima kasih share resepi..boleh cuba.. jemput singgah blog sy ea..
ReplyDeleteDirawanhartawan.blogsport.com