Saturday, January 28, 2017

Beli Barangan Arab Murah Di Mahnaz Food, Mercu Cita Shah Alam

Assalamualaikom WBT dan selamat sejahtera kepada semua...

Selamat menikmati cuti hujung minggu yg panjang sempena Tahun Baru Cina dan kami kat Wilayah, cuti Hari Wilayah pada Rabu (1 Feb. - tapi saya kena kerja Selasa 31 Jan nanti.. sob sob).

Disebabkan kami takde perancangan gi jalan ke mana-mana, kami sefamili bercadang nak buat projek Ayam Golek Best untuk menu makan malam.

Alkisahnya, godek kabinet dapur tengok stok madu dah abes... salah satu bahan wajib resepi ayam golek ialah madu. Saya lantas ajak isteri pergi ke kedai barangan arab, Mahnaz Food by Mercu Cita kat alamat berikut:

"Jalan TP 7/5,
Taman Perindustrian Sime Uep,
40400 Shah Alam, Selangor"

Disebabkan dah lama (mungkin 3-4 tahun juga) tak ke sana, saya kurang yakin dgn jalan ke sana, terpaksa guna waze tambahan nak cari jalan bebas traffic jam.

Saya bercadang nak beli madu Al-Shifa harganya 1kg RM52. Ok tu agak murah harganya dan berdasarkan info produk, ini madu asli...



Overall, dapat saya nyatakan membeli belah barangan ala arab di sini memang murah dan berbaloi (kerana ia pusat borong dan banyak kedai jual barangan arab memang ambil stok di sini).

Ada banyak produk dari aneka kekacang (walnut, almond, buah tin dll), pelbagai pilihan kurma (dates), rempah ratus, minuman ala arab dan pelbagai minyak zaitun (olive).

Di sini juga menawarkan pelbagai pilihan madu, minyak atar (ini saya plan nak beli tapi terlupa akhirnya.. takde rejeki) dan pelbagai lagi.

Memang saya mencadangkan kedai ini  jika anda mencari produk ala arab. Boleh tengok laman web depa kat sini :

http://www.mercucita.com

Selain madu, inilah hasil tangkapan kami semalam.. hehehe





Kita jenguk sikit gambar sekitar kedai ni:











No comments:

Post a Comment